Posts

Showing posts from May, 2017

REVEW : GULA JENAMA EQUAL GOLD

Image
2 minggu lepas, dapat sampel percuma dari sales girl kat TBS. Biasanya aku jarang ambik sampel percuma kalau aku rasa takde keperluan untuk aku ambik. Tapi disebabkan ni produk yang bagus dan sihat, terus aku sambar.. Dalam satu pek kecik ni, ada 3 sampel. Kiranya ni adalah pengganti bagi gula sintetik yang kita biasa guna sekarang. 0 kalori ok. Pemanis ni bagus untuk orang yang nak diet dan pesakit Diabetes. pemanis ni diperbuat daripada Erythritol sucralose. Kalau nak tahu apa maksud dua term ni, korang google je k...tapi jangan terkejut pulak kalau korang jumpa, Erythritol is a sugar alcohol...heeee...itu bukan lh bermaksud, gula ni takleh dimakan sebab ada alkohol...SALAH....SALAH...Maksud sugar alkohol ni, dalam struktur kimia erythritol ni, ada kehadiran kumpulan hidroksil (OH) dan bukan bermaksud, gula ni disediakan dengan cara penapaian , macam kalau nak buat arak tu yer.. So pemanis ni adalah HALAL dan bagus untuk kesihatan.. tadi aku google2, harga mende alah ni, RM 12....

SUPRISE BIRTHDAY

Image
Wahhhh...romantik jugak rupanya encik Fik ni yer..tengah duk busy layan student kat kaunter, tetiba datang runner hantar bunga dan coklat forero rocher...terkejut I tau...almaklumlah..xpernah dapat suprise macam ni seumur hidup..Nanti dah kawen, tak sweet macam ni, siap lah awak yerrr.... Lagi 42 hari kami bakal mendirikan rumah tangga. Hopefully semua perkara berjalan dengan lancar. Dan kami mampu sama-sama harungi dugaan dalam berumah tangga.  Kawan-kawan cakap muka kami hampir sama..tapi tang mana yang sama pun kami tak tahu..

Tip-Tip Kesihatan Daripada Negara Terbit Matahari

Image
Diet Model Okinawa   Okinawa ni kat Jepun taw..Jom kita tengok kedudukan Okinawa atas peta.. 1. Banyakkan makan kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan laut dan rumpai laut. Makanan khas Okinawa adalah seperti UKON iaitu sejenis kunyit dan cuka hitam 2. Lebihkan minum air suam...sekuranng-kurangnya 8 gelas sehari yerr....Dan Orang Okinawa ni suka minum Ocha iaitu teh hijau 3. Kurangkan pengambilan lemak haiwan dan lemak sayuran je...Minyak Canola dan minyak daripada biji-bijian lain menjadi pilihan yang disukai kerana termasuk dalam asid lemak mono tidak tepu 4. Mengambil garam kurang dari 3 camca teh sehari 5. Prinsip makan hara hachi bu iaitu makan hanya 80% kenyang supaya terhindar dari obesiti 6. Sebaiknya hindari makanan proses yang di tambah kimia. Walaupun restoran-restoran fast food sudah tersebar ke seluruh pelosok Okinawa, masyarakatnya tetap tidak tergoda dengan makanan jenis ni. Sebenarnya makanan ini leb...

TIPS MAKAN GLA SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Image
Hai semua, First post dah cerita pasal GLA. Nampak tak keterujaan nak share kelebihan GLA ni. Sebab saya pun amalkan GLA shaklee untuk atur balik period sebelum nak masuk alam rumah tangga bulan 6 ni..hiiii.. Ok, sebelum saya kongsikan cara makan GLA untuk kesuburan, jom kita tengok dulu apa kandungan dalam GLA ni. Kene tahu jugak yer. Jangan main telan je.. Dalam setiap botol GLA ada 60 bijik berbentuk gel. Kecik je, so senang je nak telan. Lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (babi), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan).  Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram manakala yang diperoleh dari sumber marine pula halal.  So untuk GLA shaklee, gelatin yang digunakan adalah Bovine. GLA Complex Shaklee  telah diekstrak dari  borage ...