TIPS MAKAN GLA SHAKLEE UNTUK KESUBURAN

Hai semua,

First post dah cerita pasal GLA. Nampak tak keterujaan nak share kelebihan GLA ni. Sebab saya pun amalkan GLA shaklee untuk atur balik period sebelum nak masuk alam rumah tangga bulan 6 ni..hiiii..

Ok, sebelum saya kongsikan cara makan GLA untuk kesuburan, jom kita tengok dulu apa kandungan dalam GLA ni. Kene tahu jugak yer. Jangan main telan je..



Dalam setiap botol GLA ada 60 bijik berbentuk gel. Kecik je, so senang je nak telan.


Lapisan luar produk soft gel diperbuat dari gelatin. Gelatin dihasilkan dari otot dan tisu haiwan samada porcine (babi), bovine (kerbau/lembu), poultry (ayam) atau marine (ikan). 

Gelatin yang paling kerap digunakan dalam kapsul soft gel ialah dari sumber bovine atau porcine. Gelatin dari sumber porcine sudah tentunya haram manakala yang diperoleh dari sumber marine pula halal. 

So untuk GLA shaklee, gelatin yang digunakan adalah Bovine.


GLA Complex Shaklee telah diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA (Gamma-Linolenic Acid) dalam Evening Primrose Oil (EPO). Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan daripada EPO. Borage yang digunakan adalah ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.
GLA Complex Shaklee juga mengandungi minyak sunflower dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Manfaat utama GLA Complex Shaklee antaranya :
  • Melambatkan menopaus. Memperbaiki keadaan menopaus seperti insomnia, tekanan dan ketidakhadaman.
  • Memperbaiki keradangan. Pengambilan GLA dapat mengurangkan keradangan kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik-bintik penuaan, dan meringankan sakit dan bengkak disebabkan artritis, rheumatisma.
  • Menentang kanser. GLA adalah antioksida yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. GLA adalah penting dalam membentuk prostaglandin yang mengawal hormon lelaki dan wanita. Ia juga dapat memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan ketika kedatang haid, sakit payudara dan mood yang berubah-rubah.
  • Menghalang tekanan darah tinggi. Ia dapat menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.
  • Mengelak masalah jantung. Penyakit jantung dapat dielakkan seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
GLA Complex Shaklee juga bermanfaat dalam memperbaiki prostatomegaly, menghalang komplikasi diabetes, pelangsingan, memperbaiki tekstur rambut dan memperbaiki kanak-kanak autisme. Dalam satu pil, pelbagai fungsi GLA kompleks ni kan?? 
JOMM.... 
1. CARA MAKAN PRODUK SHAKLEE GLA COMPLEX DAN VITALEA UNTUK KESUBURAN
Peringkat Pertama: Baru pertama kali makan GLA. Nak stabilkan hormon badan isteri semula. Vitalea makan sebiji sehari.
#1: Makan Vitalea setiap hari. 1 biji selepas sarapan setiap hari. Jangan makan vitalea dengan makanan dan minuman berasaskan susu.
#2: Kemudian, makan GLA Complex 1 biji selepas sarapan juga. Dan 1 biji lagi GLA Complex pada waktu malam sebelum tidur.
#3: Bagi tujuan kesuburan, GLA Complex mestilah dimakan SETIAP HARI. Bagi bulan pertama, makan semasa hari pertama haid sampai period semula. Jangan berhenti makan masa period tau.
#4: Anda mesti alert, semasa bulan pertama makan GLA, anda harus tahu bila tarikh anda sepatutnya datang bulan. Contohnya, bulan lepas kitaran anda 28 hari. Jadi, bulan ni lebih kurang 28 hari juga.
#5: Kalau dah masuk 30 hari tak period lagi, buat Urine Pregnancy Test. Kalau ujian UPT positif dan anda sah mengandung, terus BERHENTI MAKAN GLA ya.
#6: Kalau tak hamil dan period datang macam biasa, kita masuk peringkat ke-2 pula.
Peringkat Kedua: Lepas hormon badan dah stabil.
#1: Kira berapa hari kitar period anda. Berapa hari? Sebagai contoh kita ambil 30 hari ehh.
#2: Kemudian, bahagikan kitaran anda dengan 2. Contoh 30 hari divide 2 ialah 15 hari.
#3: InsyaAllah waktu subur anda pada hari ke-15 selepas haid.
#4: Makan GLA Complex sejak hari pertama haid sehingga sehari sebelum waktu subur iaitu hari ke-14. Sehari sebiji ehh.
#5: Pada hari ke-15, BERHENTI makan GLA. Vitalea masih makan macam biasa ehh.
#6: Buat ujian UPT sekiranya haid tak datang macam biasa.
#7: Jika haid datang macam biasa, ulang PERINGKAT KE-2 ni sehinggalah hamil ya. InsyaAllah. Jika anda hamil je, terus STOP makan GLA.
Selesai bahagian wanita, sekarang kita masuk part lelaki pula.
CARA MAKAN SET KESUBURAN LELAKI
#1: Makan 1 biji Zinc Complex SEBELUM sarapan.
#2: Kemudian ambil 2 biji Vitamin E, SELEPAS makan tengahari ehh.
Simple sangat kan!

Comments

  1. Assalam sis.. Lpas kte dpt thu pregnant knape kne stop mkn gla complex yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab GLA berfungsi utk stabilkan hormon utk kesuburan@ senang pregnant...klu dh pregnant, hormon lain le pl terlibat jd X sesuai dh nk ambil

      Delete
  2. Salam..sis..skg saya tgh comsume gla complex taw..btol x cara saya mkn..tghr selepas lunch dfn mlm sebelom tido saya mkn hari pertama periiod bln ni cycle day peeriod 34 hari cmne tu ya

    ReplyDelete
  3. Alhmdulillah sy amalkn gla complex.. Sy hamil ank ke2 bru 5weeks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana cara awak makan gla ye , sbb saya pon tengah ikhtiar anak ke-2 dengan gla complex juga

      Delete
  4. Sis saya nak nak tnya kalau ambik gla bersama alfalfa ad effect lain ka sbbkan alfalfa pon dimkn slps mkn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVEW : GULA JENAMA EQUAL GOLD

ABADIKAN BUNGA PEMBERIAN ORANG TERSAYANG